Oct 29, 2011

Tarbiyah project


(Image: Google)

Post kali ni nak promote something. Promote The Tarbiyah Project yang saya tgk mampu membawa seseorang muslim/muslimah from zero to hero. Subhanallah ^___^. Banyak org2 sekeliling dah rasa kemanisan itu. Hmm sound jealous kan? Huhuhu. InshaAllah satu hati nanti semua orang termasuk diri saya mampu jadi hero! =]

Semuanya bermula dengan usrah. Dulu2 time sekolah menengah, ada ja group usrah2, tapi kalau waktu usrah ja, mesti saya akn ckp "Ishk, buat dah,buat dah. Nak torture ja keja" "Xmaw pi la". Hmm jahil nya time tu. Lepas masuk maktab, baru Allah swt ketuk skali lagi pintu hati. Pintu hati yang membawa diri utk kenal Islam secara mendalam, dan betul apa yang tidak betul, dan belajar perlahan-lahan daripada bawah.

Hmm, sebelum join usrah, hati ni mcm kosong. Kalau stress, terapi bagi stress hanyalah karaoke, shopping, and keluar happy-happy buang masa. Hmm, kalau bab pakaian lagi la, Allah xtimbulkan rasa apa-apa langsung kalau berpakaian yang tak tutup aurat T.T Ni baru rasa dekat dunia, kalau dekat akhirat nanti, takutnya, diantara kita pulak Allah tak pilih utk masuk ke syurga-Nya.

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan
barangsiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (63:9)

Jadi, apa itu usrah?

Sepertimana kita perlukan makanan untuk survive, begitu juga hati. Untuk jaga hati ini sangat susah. Bukan dengan berdoa pada Allah supaya hati kita terhindar daripada iri hati, sakit hati, susah hati, Allah akan kurnia terus nikmat tu. Jadi, usrah ini medium yang membantu kita untuk pujuk hati, mengingatkan diri dan hati, didik hati, jaga hati ke jalan yang mendapat keredhaanNya. Shweet kan? Nikmat ni lagi shweet dari bercouple.

1. Pujuk hati
Contohnya, kalau dulu kita pujuk hati kita dengan shopping sakan, sekarang kita pujuk hati kita dengan kembali kepada-Nya, iaitu Allah. Allah swt yang maha mendengar. Dia mendengar segala masalah yang kita hadapi secara tidak langsung hati kita akan tenang dengan mengingat kepada-Nya. Subhanallah. Effort yang kita letak simple ja, tapi nikmatnya tidak terkira.

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (Ar-ra'd:28)

(image: Goggle)

Lagi lagi, apa itu usrah?
(Image: Google)
2. Didik hati
Melalui usrah jugalah, kita ada kawan-kawan yang sayang kita, bagi nasihat kepada kita, masak untuk kita (opssss), bersusah payah jemput anta kita untuk belajar dan kenal Islam itu. Shweet nya, siap ada kawan2 yang tolong kita lagi dalam setiap langkah kita. Semuanya terpulang pada kita untuk kita didik hati kita bagaimana. Jom didik hati kita ke jalan-Nya. ^__^

Diwajibkan keatas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Al-baqarah: 216)

3. Kasih sayang
Kasih sayang? Hehe lagi la tak terkira. Sebab tiap2 minggu mesti dapat mesej. Mesej utk dating la for sure. Dating usrah ni shweet. Tadabbur ayat al-quran, sharing kisah Nabi, dan saling nasihat menasihati. Huhu. Indahkan? Siap ada homework lagi. Homework ini terapi untuk diri kita. Hehe. (Rindu usrah)

Saya? Hmm takutnya penulisan ini berbaur bangga. Tak tak, nak share apa yang saya rasa. Huhu. I'm still on a move. Hopefully, it's not a slow move. InshaAllah.

.....bersambung.
(Semoga hidayah Allah swt sentiasa ada bersama kita, inshaAllah. Dan semoga kita adalah insan-insan yang terpilih untuk ke syurgaNya, InshaAllah)

Sebelum tido, jom kita maafkan orang disekeliling kita, dan minta maaf dgn orang disekeliling kita. Jadi, saya nak minta maaf kawan2. Good night, assalamualaikum ^____^

Oct 22, 2011

:')


Awake, alive, blessed. I'm home. Alhamdulillah.

Oct 21, 2011

Allah Seeker ツ: SETELAH AKU DIPALING

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah aku bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin

Source:

Tegurlah aku jika kau nampak salah dan kekurangan yang ada pada diri ku. Pada mulanya memang ia terasa pedih dan malu, namun dipengakhirannya kau hadiahkan aku secebis kemanisan dan peringatan. Kadang2 aku tak sedar apa yang diluahkan, diungkapkan, namun peringatan dan teguran seorang sahabat lah mampu menghadiahkan sebuah kegembiraan.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam, dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat, dan apabila mereka caci mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah."

Segala bait-bait indah yang di kongsi bukan untuk menunjuk diri hebat berbicara, tapi ketahuilah bahawa bukan aku melihat diri aku dalam keadaan sempurna, sedang aku juga tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Aku cinta erti sebuah ukhwah.

Oct 9, 2011

Inner battle

I'm crying inside and out.
I miss home. I miss mak ayah abg kakak-kakak.
They've been my pillar of strength when I struggled myself with all the difficulties.

Oct 6, 2011

Kawan

Takutnya rasa,
Jika persahabatan yang terjalin tidak diredhai Allah swt.
Takutnya rasa,
Jika diri yang berbicara tidak mampu melaksanakan apa yang dibicarakan.
Takutnya rasa,
Jika persahabatan yang dianggap mulia tetapi kesudahannya diakhiri dengan air mata.
Takutnya rasa,
Jika diri hebat berbicara tetapi orang-orang disekeliling sendiri tidak dapat berkongsi rasa.
Takutnya rasa,
Jika impian-impian ini tidak terlaksana.
Takutnya rasa itu.

Seorang Hamba Allah yang ingin berkongsi rasa.

Semalam, semasa duduk berbicara, berkongsi rasa, ingin mencapai impian yang sama, kwn2 berkongsi sangat banyak ayat-ayat yang indah yang ada dalam 'love letter' tentang maksud persahabatan itu tersendiri. Antaranya;

Pada hari (akhirat) sahabat-sahabat karib:
Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh) [43:67]

"Your best friend is the one who when seeing him reminds you of Allah, speaking to him increases you in knowledge, and his actions remind you of the Hereafter
-Prophet Muhammad saw-

Indah sungguh nilai sesuatu persahabatan. Dan diri yang kerdil ini nak sangat kongsi apa yang di rasai. Mesti semua orang ada 'kawan baik' kan? Kawan baik-Kawan yang kita syg, dan kawan yang selalu kita puji, dan kawan yang selalu bersama kita time susah dan senang. Kawan baik tak sama dengan kawan biasa. Kawan biasa ini kawan yang susah sikit kita nak tlg dia, susah memaafkan dia, dan kalau bergaduh, hebat sungguh pertelingkahan kita dengan dia. Stereotyping kan? Jadi apa kata kita tukar persepsi ini?

Kawan baik dengan kawan biasa sama saja. Kita treat kawan biasa kita macam kita treat kawan baik kita. Saling memaafi kesalahan masing-masing, tidak segan tegur apa yang kurang, sama-sama mengamalkan amal-makruf nahi mungkar. Shweet kan? Kita akan rasa, ramainya kawan baik di sekeliling kita. Diri berbicara memang senang, tapi tak rugi kalau kita sama2 (including myself) cuba formula ini.

Semua orang di sekeliling kita adalah kawan baik kita! Hehe
Kawan sampai ke syurga. InshaAllah
Jom try formula ni! ^___^ Wallahualam.

P/s: Minggu ni minggu bahasa melayu dekat maktab. Entri blog pun dalam bahasa melayu. Semangat!